Aset Prasarana Prasarana_Malaysia

Rel

Prasarana memiliki aset dua laluan transit aliran ringan (LRT): Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya di Kuala Lumpur. Laluan Ampang , terdiri daripada Laluan Ampang dan Sri Petaling, dahulunya dikenali sebagai Star-LRT (singkatan untuk bekas pengendali Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd) manakala Laluan Kelana Jaya yang dahulunya dikenali sebagai Putra-LRT (singkatan untuk bekas pengendali Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd). Kedua dua laluan dikendali oleh sebuah syarikat milik kerajaan yang khas ditubuhkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL). Kerajaan Malaysia mengambil alih aset tersebut daripada syarikat masing-masing pada 2002 selepas berpendapat mereka sebagai projek penswastaan yang gagal.

Pada 28 November 2007, Prasarana menandatangani perjanjian jual beli dengan KL Monorail Sdn Bhd untuk pembelian aset sistem KL Monorail.[20]

Bas

Prasarana memiliki rangkaian bas yang dioperasi oleh Rapid KL sebagai sebahagian daripada rangkaian bas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang dan beberapa bandar di negeri Selangor di Malaysia. Armada tersebut sebelum ini dimiliki oleh dua syarikat swasta , Intrakota dan Cityliner, yang diambil alih oleh Prasarana pada 2004.

Prasarana turut memiliki rangkaian 350 bas yang dioperasi oleh Rapid Penang. Syarikat tersebut memulakan operasi pada 31 Julai 2007. Langkah kerajaan Malaysia untuk mengendali perkhidmatan bas di Pulau Pinang adalah sebahagian daripada usaha untuk merombak rangkaian bas di negeri itu.

Lain lain

Prasarana turut memiliki dan mengendali kereta kabel di Langkawi dan mengendalikan perkhidmatannya bagi Langkawi Development Authority (LADA). Kereta kabel tersebut membawa orang ke atas Gunung Matcincang.

Rujukan

WikiPedia: Prasarana_Malaysia http://202.186.124.25/index.php?ch=31&pg=221&ac=16... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/annweb... http://www.railwaygazette.com/news/urban/single-vi... http://says.com/my/news/airasia-bank-rakyat-suez-c... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl...